Harini
aku ingin berkongsi kepada korang salah satu article yang aku terbaca tadi.
Article ni sedikit sebanyak member kesedaran kepada aku yang betapa pentingnya
menjaga kesihatan diri kita.
Penyakit
yang paling merbahaya sekarang bukan penyakit yang berpunca daripada kuman atau
pun virus. Ia adalah penyakit kronik degeneratif yang berpunca daripada
kerosakan dan degeneratif sel secara berkumpulan dalam badan manusia.
Setakat ini tidak ada cara untuk
menyembuhkannya…
Laporan
tahunan World Health Organisation telah member amaran bahawa penyakit kanser, sakit
jantung dan penyakitpenyakit kronik yang lain telah meragut nyawa lebih 24 juta
orang setiap tahun, dan ia akan terus membawa penderitaan dan menimbulkan
ketidakupayaan kepada berjuta-juta manusia di bumi ini.
… namun penyakit degeneratif
boleh dielakkan
Ramai
di antara kita masih menganggap penyakit kronik penyakit yang malang; penyakit
yang diakibatkan oleh umur yang meningkat dan ia tidak dapat dielakkan. Namun
kita harus faham bahawa “tua” tidak bermakna “sakit”. Untuk mengelakkan
penyakit degeneratif, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang, aktiviti
fizikal dan cara hidup yang sihat.
8
Penyakit yang Mengancam :
Organisasi
Kesihatan Sedunia telah memberi amaran bahawa kanser , penyakit jantung dan
penyakit kronik yang lain, telah membawa maut kepada lebih 24 milion orang
setahun, dan
akan terus
membawa kesengsaraan dan ketidakupayaan kepada manusia yang tidak terkira banyak
di dunia ini. Penyakit berikut merupakan musuh kesihatan dunia moden.
1. Penyakit
Jantung
2. Kanser
3. Strok
4. Penyakit
Kencing Manis
5.
Osteoporosis
6. Artritis
7. Alzheimer
8. Keobesan