Thursday 6 December 2012

CABARAN KEPADA KESIHATAN


Harini aku ingin berkongsi kepada korang salah satu article yang aku terbaca tadi. Article ni sedikit sebanyak member kesedaran kepada aku yang betapa pentingnya menjaga kesihatan diri kita.

Penyakit yang paling merbahaya sekarang bukan penyakit yang berpunca daripada kuman atau pun virus. Ia adalah penyakit kronik degeneratif yang berpunca daripada kerosakan dan degeneratif sel secara berkumpulan dalam badan manusia.

Setakat ini tidak ada cara untuk
menyembuhkannya…
Laporan tahunan World Health Organisation telah member amaran bahawa penyakit kanser, sakit jantung dan penyakitpenyakit kronik yang lain telah meragut nyawa lebih 24 juta orang setiap tahun, dan ia akan terus membawa penderitaan dan menimbulkan ketidakupayaan kepada berjuta-juta manusia di bumi ini.

… namun penyakit degeneratif
boleh dielakkan
Ramai di antara kita masih menganggap penyakit kronik penyakit yang malang; penyakit yang diakibatkan oleh umur yang meningkat dan ia tidak dapat dielakkan. Namun kita harus faham bahawa “tua” tidak bermakna “sakit”. Untuk mengelakkan penyakit degeneratif, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dan cara hidup yang sihat.

8 Penyakit yang Mengancam :
Organisasi Kesihatan Sedunia telah memberi amaran bahawa kanser , penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain, telah membawa maut kepada lebih 24 milion orang setahun, dan
akan terus membawa kesengsaraan dan ketidakupayaan kepada manusia yang tidak terkira banyak di dunia ini. Penyakit berikut merupakan musuh kesihatan dunia moden.
1. Penyakit Jantung
2. Kanser
3. Strok
4. Penyakit Kencing Manis
5. Osteoporosis
6. Artritis
7. Alzheimer
8. Keobesan

No comments:

Post a Comment